Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelayakan Piala Dunia: Syria Kejutkan Uzbekistan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelayakan Piala Dunia: Syria Kejutkan Uzbekistan

PEMAIN Syria, Ouday Abdul Jaffal (kanan) diasak pemain Uzbekistan, Davranbek Khashimov (kiri) pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Hang Jebat, Melaka. – Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Syria membuat kejutan apabila meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Uzbekistan pada perlawanan keenam kumpulan A, pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Uzbekistan bermula garang di awal permainan dengan cubaan pemain tengahnya Masharipov Jaloliddin diselamatkan penjaga gawang Syria, Ibrahim Alma pada minit ke-14.

Kelekaan benteng pertahanan Uzbekistan pula membuka peluang kepada Syria untuk menguji gawang gol skuad bimbingan Babayan Samvel apabila Omar Khribin melakukan cubaan pada minit ke-15 namun digagalkan penjaga gol Uzbekistan, Egor Krimets.

Bersambung pada babak kedua, permainan terus seimbang dengan Uzbekistan mendapat peluang terbaik menerusi pertahanannya, Davron Khashimov pada minit ke-82 tetapi melepasi palang.

PEMAIN Syria, Omar Khrbin (tengah) meraikan jaringan penaltinya pada minit terakhir permainan untuk menundukkan Uzbekistan 1-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. – Foto Rasul Azli Samad

Omar Khribin menjadi wira Syria apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-90 perlawanan.

Pada perlawanan berikutnya, Syria yang digelar ‘The Qasioun Eagles’ dan kini di tangga keempat kumpulan A, dijadual bertemu Korea Selatan di Seoul pada 28 Mac.

Uzbekistan yang diberi jolokan ‘White Wolves’ yang kini di tangga ketiga Kumpulan A dengan sembilan mata, akan bertemu Qatar di halaman sendiri pada tarikh sama. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nhldZd

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.