5 Destinasi Paling Best Untuk Backpackers
Gaya Hidup
Backpackers, atau erti kata lain mengembara dengan hanya membawa beg galas adalah antara aktiviti yang semakin mendapat sambutan khususnya golongan belia.
Mengembara cara ini adalah lebih santai dan sesuai buat mereka yang menginginkan kesederhanaan semasa bercuti di luar negara.
Untuk itu, kami kongsikan lima negara yang sesuai untuk mereka yang baru mencuba untuk mengembara secara backpack:
1. Indonesia
Indonesia merupakan satu pilihan yang baik. Selain banyak tempat-tempat menarik, penggunaan bahasa, budaya dan makanan juga tidak banyak bezaan dengan Malaysia. Kos yang rendah juga antara sebab mengapa anda perlu backpackers ke negara ini.
2. Thailand
Thailand adalah antara lokasi popular dikalangan backpackers. Apa yang menariknya kos perbelanjaan di negara tersebut masih dalam kategori murah selain keunikan alam semula jadinya.
3. Singapura
Negara yang hampir dengan Malaysia ini merupakan destinasi sesuai bagi backpackers baharu. Jika dirancang dengan baik, kos perbelanjaan tidak menjadi masalah untuk anda bercuti di negara itu.
4. Turki
Perbatasan antara Asia dan Eropah membuatkan Turki mempunyai budaya unik. Gabungan budaya timur dan barat ini boleh dilihat dari segi makanan dan juga bentuk bangunan yang ada di sana. Jika mahu rasa pengalaman dua dalam satu, Turki adalah pilihan paling sesuai untuk dikunjungi.
5. India
Ada yang mengatakan India memiliki dua sisi berbeza antara baik dan buruk. Delhi mungkin dianggap sebagai tempat paling kotor, tetapi jangan lupa Kashmir pula digambarkan sebagai tempat paling Indah sekali di dunia. Itulah keunikkan negara ini.
Sumber : Thevocket.com
Olahan : Izzat Ridzwan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment