Shila Amzah kalah kes saman
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difailkan penyanyi Shila Amzah terhadap seorang wartawan Kosmo! dan dua pihak lagi berhubung penerbitan artikel yang disiarkan dalam akhbar Kosmo!pada 17 September 2014.
Hakim Datuk Rosnaini Saub menolak saman tersebut selepas mendapati kesemua defendan berjaya menunjukkan mereka mengguna pakai prinsip perlindungan bersyarat dan komen yang saksama.
Penghakiman setebal 33 muka surat itu dibacakan Pendaftar Mahkamah, Eri Shahriman Nor Aripin.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Patah Seribu itu turut diperintah membayar kos sebanyak RM20,000.
Berdasarkan penghakiman itu hakim berkata, plaintif sebagai selebriti perlu terbuka terhadap apa sahaja kritikan kerana apa yang dilakukannya mendapat perhatian masyarakat.
“Artikel yang ditulis itu juga tidak berniat jahat selepas fakta-fakta disahkan oleh saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan,” katanya.
Nurshahila dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Berhad selaku plaintif memfailkan saman pada 16 Januari 2014 dengan menamakan wartawan hiburan akhbar Kosmo! Maliah Surip, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Nurshahila mendakwa Maliah telah menulis beberapa artikel yang diterbitkan dalam akhbar Kosmo! antara lain mengaitkan konsert ‘Shila Amzah-Love Live in Malaysia’ di Mega Star Arena di sini pada 13 September 2014 ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini dan beliau juga dikatakan memperlekehkan media Melayu.
Nurshahila mendakwa, artikel itu ditulis berikutan terdapat satu status yang dimuat naik dalam laman web Instagram menggunakan nama akaun “Shilaamzah_photography” pada 15 September 2014, yang secara amnya memuji pihak media khususnya media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas berkenaan konsert itu.
Penyanyi itu yang pernah mewakili negara bagi menyertai pertandingan nyanyian “Asian Wave Singing Competition” di China pada 2012, mendakwa beliau tidak mengetahui pemilik akaun Instagram itu dan pemilik akaun Instagram berkenaan tiada kaitan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment.
Nurshahila berkata konsert itu dianjurkan bersama pihak Mega Ultimate Sdn Bhd dan tidak pernah wujud apa-apa tajaan wang daripada ‘syarikat perjudian nombor satu Malaysia’ seperti yang dinyatakan dalam aktikel berkenaan.
Plaintif mendakwa artikel itu yang ditulis wartawan berkenaan membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bermoral kerana sanggup mengenepikan kepercayaan agama serta budaya untuk mendapat tajaan wang yang tidak halal untuk menjayakan konsertnya, bersifat rasis dan tidak sensitif kepada bangsa sendiri iaitu bangsa Melayu.
Oleh itu, kedua-dua plaintif menuntut satu perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menerbitkan semula aktikel yang serupa selain memohon perintah supaya kesemua artikel itu ditarik balik.
Sementara itu, Marliah, 36, yang ditemui selesai prosiding bersyukur dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ianya sebagai kemenangan buat semua media melayu.
Defendan diwakili peguam Ellia Zuraini Mat Zin manakala peguam Mahender Kumar bertindak bagi pihak plaintif.
The post Shila Amzah kalah kes saman appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2omea3d✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment