Isu Eksport Sarang Burung Walit Ke China Akan Diselesaikan Segera – Ahmad Shabery
KANGAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan masalah eksport sarang burung walit negara ini ke China akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan apabila wakil China datang untuk melihat sendiri keadaan di sini, bulan ini.
“Selepas wakil MOA ke China minggu lepas untuk memberi penjelasan mengenai wabak selesema burung (H5N1) yang kini melanda Kelantan, China lebih jelas tentang keadaan sebenar dan mahu datang ke sini melihat sendiri keadaan itu.
“Saya juga diberitau mereka tiada masalah untuk aktiviti eksport itu diteruskan dengan syarat mereka melihat sendiri bagaimana Malaysia mengendalikan prosedur mengawal penyakit tersebut agar tidak merebak ke luar Kelantan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Perasmian Jalinan Kasih Rakyat Peringkat negeri Perlis anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
China baru-baru ini mengeluarkan perintah sekatan sementara terhadap import sarang burung walit dari Malaysia susulan wabak H5N1 yang diisytiharkan di Kelantan pada 15 Mac.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata wakil China juga mahu melihat sendiri pemprosesan setiap sarang burung berkenaan.
“Kalau semuanya dipersetujui ia akan menyelesaikan masalah eksport sarang burung ini,” katanya.
Pada masa sama katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memantau dan memeriksa unggas di Kelantan sehingga negeri itu diisytiharkan bebas HN5N1.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osL0Mr✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment