Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Maut, Puluhan Ribu Terkandas Akibat Banjir Teruk Di Australia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Maut, Puluhan Ribu Terkandas Akibat Banjir Teruk Di Australia

SYDNEY: Berpuluh-puluh ribu penduduk Australia terkandas menghadapi air banjir pada Sabtu, selepas taufan kuat melanda pantai timur negara itu, sekaligus memusnahkan banyak jambatan dan membunuh dua orang, lapor Reuters.

Zon bencana itu bermula dari Debbie menjangkau 1,000km (600 batu) dari pulau-pulau peranginan tropika Queensland dan Gold Coast ke New South Wales, yang menjejaskan lebih daripada 100,000 rumah yang terputus elektrik.

Enam sungai terbesar di kawasan tersebut telah mencapai tahap banjir yang maksimum dan paras air masih sedang meningkat di beberapa kawasan, kata Biro Meteorologi.

cyclone

Pihak berkuasa mengarahkan pemindahan lanjut di bahagian utara New South Wales pada hari Sabtu, manakala bandar Rockhampton di Queensland bersedia untuk menghadapi banjir tahap banjir tertinggi pada minggu depan, kata Polis Queensland.

Polis berkata, mereka menemui mayat dua wanita dalam kejadian banjir tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa bimbang bahawa mungkin lebih ramai telah mati dalam kejadian itu.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull menggesa orang ramai untuk mendengar nasihat daripada pihak berkuasa.

“Ini adalah masa yang sangat berbahaya di kawasan-kawasan yang dibanjiri ini. Saya ingin menasihati kepada semua orang yang terjejas oleh banjir ini , jangan masuk dalam air banjir,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Taufan Debbie, iaitu taufan kategori keempat, yang melanda  Queensland pada Selasa.

Tahap taufan tertinggi di Australia adalah tahap kelima.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUPPAq

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.