Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janji Khairy Untuk Sukan SEA KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janji Khairy Untuk Sukan SEA KL2017

KHAIRY dan Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul pada acara pelepasan Larian Baton Bangkit Bersama Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, hari ini. – Foto BERNAMA

BANGKOK: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjanji kontinjen Malaysia akan menampilkan prestasi terbaik pada Sukan SEA 2017 bagi merampas kedudukan selaku juara keseluruhan dari Thailand.

Sebagai tuan rumah, beliau berkata, atlet negara akan memberi tentangan sengit bagi menewaskan Thailand dan muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos depan.

“Thailand akan menjadi pesaing hebat kepada kita dan mereka sentiasa antara yang terbaik (pada Sukan SEA). Saya merasakan persaingan sengit antara Malaysia dan Thailand untuk muncul juara keseluruhan pada tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Larian Baton Bangkit Bersama Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur di Stadium Tertutup Huamark di sini hari ini.

Biarpun bersaing untuk muncul juara keseluruhan, Khairy mengingatkan kepada kesemua atlet bahawa Sukan SEA juga adalah temasya sukan persahabatan yang diadakan dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Khairy berkata Sukan SEA turut memberi peluang kepada atlet-atlet muda di rantau ini untuk mempamerkan bakat mereka.

“Saya rasa persaingan akan menjadi sengit namun dalam situasi persahabatan,” katanya, sambil menambah bahawa Sukan SEA kali ini adalah yang pertama selepas penubuhan Komuniti ASEAN,

Selain Sukan SEA, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN kesembilan dari 17 hingga 23 September.

Mengenai persiapan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, Khairy berkata beliau gembira kerana kerja-kerja persediaan bagi memastikan temasya sukan itu berjalan lancar menunjukkan kemajuan.

Berhubung larian berkenaan dan kemungkinan menjadi acara tetap Sukan SEA, katanya, perkara itu bergantung kepada negara penganjur.

KHAIRY dan Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul (kirinya) bergambar dengan atlet paralimpik Thailand yang menyertai Larian Baton Bangkit Bersama Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, hari ini. – Foto BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ompWdX

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.