Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengusaha Stesen Minyak Diingat Jangan Cetuskan Perang Harga – Hamzah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengusaha Stesen Minyak Diingat Jangan Cetuskan Perang Harga – Hamzah

SERDANG: Pengusaha stesen minyak diingatkan supaya tidak membuat tawaran harga produk petroleum sesuka hati sehingga boleh mencetuskan perang harga.

Walaupun stesen minyak boleh memberi diskaun, mereka perlu mendapatkan kebenaran kementerian terlebih dahulu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pengusaha terbabit juga dilarang membuat tawaran harga yang boleh mengelirukan pengguna.

“Hendak kita pastikan supaya tidak lagi menjadi agenda orang yang suka sekarang ini menggunakan media sosial, suka buat benda karut marut ini, kata sana sini macam-macam, ada perang hargalah.

“Padahal belum ada seorang pun yang buat permohonan. Semua masyarakat memahaminya bahawa KPDNKK bertanggungjawab untuk mempastikan bahawa pengguna tidak tertipu dengan semua iklan yang mereka lakukan,” katanya selepas menghadiri Program Kepengunaan dan Kesejahteraan Negaraku dan Hari Keluarga KPDNKK di sini, hari ini.

Malah, pihaknya juga  tidak pernah mengeluarkan sebarang indikasi bahawa proses permohonan diskaun bahan api itu akan dibatalkan namun ianya harus mengikut garis panduan yang tepat.

Rabu lepas, Hamzah mengumumkan bahawa penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.

Beliau turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ot5ZP8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.