Hi! Welcome Back and Stay Tune! Marathon & Bahaya Buah Pinggang, Doktor Ini Beri Penjelasan Mengenai Perkaitan Antara Kedua-Duanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Marathon & Bahaya Buah Pinggang, Doktor Ini Beri Penjelasan Mengenai Perkaitan Antara Kedua-Duanya

Dalam apa jua sukan yang dilakukan, ada sahaja bahayanya, apa yang boleh dilakukan adalah melakukan aktiviti dengan cara yang betul, serta berhati-hati. Tidak kiralah apa yang ingin dicapai menerusi aktiviti, atau senaman tersebut.

BACA: Berpeluh Bukan Bermakna Aktif, Ini Sebab Mengapa Anda Berjoging Tetapi Berat Badan Tidak Turun, Doktor Ini Kongsi Cara Berjoging Yang Betul

Jika marathon pula, ianya adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.

Mari kita ikuti penjelasannya.

Maraton & Buah Pinggang
Ramai orang nampak kelam-kabut bila membaca rencana akhbar tempohari mengenai maraton membahayakan buah pinggang. Mungkin sebab saya seorang pelari maraton juga seorang Pakar Buah Pinggang, sangat ramai yang ajukan soalan dan kerisauan mereka.

Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.

Apakah “acute kidney injury?”

Ianya kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Klasifikasinya mengikut AKIN ada 3 tahap: AKIN 1, 2 dan 3 (3 yang paling teruk). AKIN tahap 1 adalah peningkatan bacaan darah creatinine 1.5 ke 2 kali ganda daripada “baseline”. AKIN tahap 2, adalah 2 ke 3 kali ganda peningkatan. Jika gejala akut, kebiasaannya ia pulih semula jika penyebabnya dikenal pasti dan dirawati.

Mari kita lihat kajian ini secara terperinci. Sampel diambil daripada 22 orang. Sebelum, sehari selepas & dua hari selepas maraton. 82% (18 orang) menunjukkan AKIN tahap 1 & 2. Ianya tiada simptom atau gejala. Anda tidak merasa apa-apa pun.

Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.

Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.

Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang. Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.

Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:

1. Respect the distance

Training / latihan & persiapan sangat penting. Jangan lah dok eksyen tiada training pun anda boleh habiskan maraton. Ini membahayakan kesihatan anda. Dengan latihan, badan & otot anda akan lebih biasa & peka dengan larian sejauh itu. Risiko “rhabdomyolysis” kurang, salah satu penyebab kegagalan buah pinggang akut (rosak secara tiba-tiba) selepas aktiviti fizikal yang berat.
2. Kekalkan hidrasi
Kekalkan hidrasi anda sebelum, semasa & selepas maraton

3. Elak makan ubat tahan sakit

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nULPzJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.