Hi! Welcome Back and Stay Tune! Federer Realisasi Final Impian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Federer Realisasi Final Impian

MIAMI: Roger Federer menewaskan pemain Australia, Nick Kyrgios 7-6 (11/9), 6-7 (9/11), 7-6 (7/5) dalam aksi dramatik untuk memastikan final impian dengan Rafael Nadal pada Terbuka Miami.

Federer dan Kyrgios memperagakan permainan bermutu dan saling berbalas pukulan yang menjadikan aksi separuh akhir itu tegang dan mendebarkan sekali gus membuatkan penonton yang memenuhi Key Biscayne tidak berganjak daripada tempat duduk mereka.

Bagaimanapun, senario berkenaan jelas berbeza dalam satu lagi aksi separuh akhir antara Nadal dan Fabio Fognini yang menyaksikan pemain Sepanyol itu memastikan kemaraan dengan kemenangan 6-1, 7-5.

Ketika final terbuka Australia, Federer berjaya menewaskan Nadal sekali gus memastikan kejuaraan Grand Slam ke-18 buat pemain Switzerland itu, begitu juga dengan kemenangan ‘straight set’ ketika di pusingan keempat Indian Wells.

“Ia satu lagi pertarungan antara kami,” kata Nadal mengenai permusuhan panjang antara dirinya dan Federer.

Ia bakal menjadi final kelima buat Nadal, tetapi tidak pernah memenanginya.

Pada perlawanan melawan Fognini, Nadal tidak berdepan masalah memenangi set pertama berikutan lawan bergelut dengan masalah di bahagian siku.

Bagaimanapun, pemain Itali yang juga bukan pilihan itu bangkit memberi tentangan pada set kedua tetapi kesilapan berganda yang dilakukannya pada mata akhir, membolehkan Nadal memastikan kemenangan.

“Pada set pertama, saya bermain dengan baik.

“Dia (Fognini) melakukan banyak kesilapan dan pada set kedua, ia bukan kerana hilang fokus tetapi lebih tidak bernasib baik sejak dari awal permainan.

“Kebiasaannya, saya boleh berehat di awal set kedua. Saya memiliki banyak peluang namun situasi berubah. Apabila kamu tidak ambil peluang itu, kamu akan berada dalam bahaya dan itulah yang berlaku, ” kata Nadal.

AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2olHAyo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.