Kit Siang Terdesak Jadi Ketua, Mahu Bertanding Di Semua Kawasan – Mahdzir
KUALA NERANG: “Lim Kit Siang sudah terdesak serta ingin menjadi ketua dan kini dia mahu bertanding di semua kawasan.”
Demikian kenyataan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menurutnya membuktikan DAP terlalu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Terap berkata kini jelas DAP cuba mendominasi pakatan pembangkang dan parti lain.
Menurutnya, Lim Kit Siang telah menunjukkan kuasa dan boleh mengumumkan untuk bertanding di mana sahaja dan beliau tidak langsung memikirkan nasib rakyat di kawasan yang dimenanginya.
“Pemimpin macam Kit Siang bukan nak tumpu pada rakyat. Kalau dia tinggal di Gelang Patah, dia tak peduli sebab pada dia Gelang Patah itu kerajaan buat, dia hanya jadi pembangkang.
“Jadi apa saja dalam negara ini dia boleh bangkang, dia akan bangkang,” kata Mahdzir.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan ditemui ketika melawat tapak perumahan PPR di sini siang tadi.
Katanya, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mencadangkan nama Barisan Rakyat, namun tidak dipersetujui Kit Siang dan nama Pakatan Harapan dikekalkan.
“Ini menampakan mereka tidak sepakat dan hanya atas dasar kepentingan individu semata-mata,” kata Mahdzir.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2om0KnF✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment