Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib Dan Modi Setuju Kerjasama Rapat Tangani Keganasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib Dan Modi Setuju Kerjasama Rapat Tangani Keganasan

NEW DELHI: Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan beliau dari India, Narendra Modi menegaskan pada Sabtu bahawa tiada sebarang kewajaran bagi tindakan keganasan yang dilakukan atas apa jua alasan sekalipun.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala mereka di Hyderabad House di sini, kedua-dua perdana menteri mengulangi komitmen padu mereka untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi, serta bekerjasama rapat untuk menangani ancaman itu.

Mereka menegaskan bahawa memerangi keganasan bukan setakat berusaha mengendala dan menghapuskan pengganas, pertubuhan pengganas dan rangkaiannya, tetapi turut mengenal pasti serta mengambil langkah tegas terhadap negara yang menyokong dan membiayai keganasan.

“Pengganas tidak seharusnya diagung-agungkan sebagai mati syahid,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Najib, yang melakukan lawatan rasmi kali ketiga ke India selepas menjawat jawatan perdana menteri pada 2009, mengetuai delegasi sembilan menteri, termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika menggesa agar langkah segera diambil untuk menangani dan mencegah keganasan, keganasan melampau dan radikalisasi, kedua-dua pemimpin menzahirkan keazaman mereka untuk mengambil langkah konkrit bagi mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan dalam undang-undang penguatkuasaan, risikan serta badan keselamatan.

Sehubungan itu, Najib dan Modi menyeru masyarakat antarabangsa supaya memperkukuhkan rejim multilateral untuk menangani dengan berkesan cabaran yang dibawa kegiatan keganasan.

Mereka turut mengiktiraf kepentingan kesederhanaan seperti yang didukung oleh Pergerakan Kesederhanaan Global dengan menggalakkan dialog, hormat menghormati dan persefahaman, toleransi serta keharmonian sebagai pendekatan untuk menangani semua bentuk ekstremisme.

Dalam hal ini, mereka mengiktiraf kerjasama antara pertubuhan yang berkaitan dari India dan Yayasan GMM untuk menjalankan aktiviti yang membawa faedah bersama dan program ke arah menggalakkan kesederhanaan.

Kedua-dua perdana menteri bersetuju untuk terus mengadakan Sidang Kemuncak yang tetap dengan matlamat menyediakan rangsangan seterusnya ke arah hubungan dua hala yang akrab, dan mempertingkatkan perkongsian strategik Malaysia-India.

Najib dan Modi juga bersetuju dengan keperluan untuk memuktamadkan lebih awal perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berdasarkan terma yang dipersetujui bersama. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2on0Prn

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.