6 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Berlaku Kerosakan
Bagaimanakah cara menjaga aircond anda agar bertahan lebih lama? Dan bagaimana cara untuk mengetahui komponen aircond yang mengalami kerosakan pada kenderaan anda?
6 Komponen Aircond Kereta Yang Sering Berlaku Kerosakan
Berikut adalah beberapa komponen yang sering mengalami kerosakan pada aircond:
1.Compressor
Tanda-tanda kerosakan pada kompressor adalah bila suhu dalam kereta jadi panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan. Bila terdapat tanda seperti ini semak dgn merasa sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.
2.Cooling Coil
Jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi. Kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta jadi panas. Bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada cooling coil. Kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau melakukan servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut.
3.Valve Aircond
Valve ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil. Untuk itu apabila ianya rosak, aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan kadangkala sejuk. Jika tanda seperti ini ketara, hantarkan kereta anda ke bengkel untuk servis aircond anda.
4. Aircond Fan
Komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk sama sekali malah suhu enjin akan meningkat lebih daripada biasa (overheated). Gantikan kipas aircond atau motor kipas jika suhu enjin anda meningkat.
5.Condenser
Banyak kereta yang mengalami masalah kondenser tetapi banyak juga mekanik kereta tidak mengambil kira kerosakan pada kondenser. Walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda utama kerosakan pada kondenser.
Kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah.
6.Gas Aircond
Jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga. Tambah gas aircond bila berkeadaan demikian. Harus diingat juga tolok suhu ini jangan di letak pada tahap maksima apabila keadaan aircond anda elok, ini boleh menyebabkan aircond valve anda cepat rosak.Tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.
Semoga bermanfaat kepada penguna kenderaan!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment