Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sindiket Jual Beli Hidupan Liar Bernilai Puluhan Ribu Ringgit Ditumpaskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sindiket Jual Beli Hidupan Liar Bernilai Puluhan Ribu Ringgit Ditumpaskan

CHERAS: Jabatan Perhilitan berjaya menumpaskan beberapa sindiket melibatkan 11 individu yang menjalankan perniagaan jual beli hidupan liar atas talian termasuk memburu hidupan liar tanpa lesen.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata 50 hidupan liar diselamatkan dengan kos anggaran sekitar RM75,000.

“Dalam serbuan pada 27 Mac, tujuh orang ditangkap yang merupakan pembekal utama hidupan liar yang aktif menjalankan urusniaga haram penjualan hidupan liar secara atas talian. 

“Jabatan Perhilitan telah lama memantau kegiatan mereka ini dan percaya telah menumpaskan sindiket utama penjualan hidupan liar menggunakan media sosial di Semenanjung Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perhilitan di sini hari ini.

Katanya, Jabatan Perhilitan turut menahan empat individu pada 29 Mac lalu kerana memburu hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen.

“Kementerian memberi amaran keras kepada mana-mana individu yang menjual, menyimpan dan memiliki hidupan liar tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan agar berhenti melakukannya serta merta atau menghadapi tindakan undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya sedang mengkaji peruntukan untuk meminda akta sedia ada untuk memberi hukuman yang lebih berat terhadap pesalah jenayah hidupan liar.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nsYWW6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.