Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keris Conlay Juara Liga Ragbi Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keris Conlay Juara Liga Ragbi Malaysia

PEMAIN pasukan Keris Conlay bergambar selepas menjuarai Liga Ragbi Malaysia 2017 di UPM, hari ini. – Foto BERNAMA

SERDANG: Pasukan Keris Conlay menepati ramalan muncul juara Liga Ragbi Malaysia (LRM) 2017 selepas menundukkan Asas RC 24-17 pada aksi final yang berlangsung di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Lebih manis, kemenangan itu menyaksikan pemain Keris Conlay, Mohd Fairuz Ab Rahman dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan sekali gus mengubati kekecewaan mereka pada final musim lalu apabila kecundang di tangan UPM Angels.

Pada perlawanan itu, padang yang basah akibat hujan lebat tidak menjejaskan rentak permainan Keris Conlay apabila berjaya di hadapan seawal minit keempat menerusi try oleh Mohd Fared Yahya diikuti conversion yang disempurnakan Mohd Fairuz.

Asas RC kemudian bangkit melancarkan serangan dan berjaya melakukan try pada minit ke-15 menerusi Syarif Nurhidayat Muzhaimey, namun kesilapan mereka membolehkan Keris Conlay melebarkan jurang mata menerusi dua penalti pada minit ke-24 dan ke-30 yang disempurnakan Mohd Fairuz.

Namun selang seminit kemudian, Asas RC sekali lagi merapatkan kedudukan menerusi try oleh Kelevi Rokoua Ketedromo kemudian disusuli conversion Luqman Hakim untuk menjadikan kedudukan 12-13 dan Keris Conlay mendahului hingga rehat.

Bersambung babak kedua, kesilapan Asas RC pada minit ke-45 sekali lagi membawa padah apabila Keris Conlay diberikan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Mohd Fairuz.

Pemain import Keris Conlay, Etonia Vaqa Saukuru menambah derita Asas RC menerusi try yang dilakukan pada minit ke-65, namun semangat juang tinggi dipamerkan pemain Asas RC berhasil merapatkan jurang empat minit kemudian menerusi try Muhamad Farid Abd Rahman.

Pemain terbaik perlawanan, Mohd Fairuz memadam impian Asas RC untuk menjulang kejuaraan apabila sepakan penalti diambilnya pada hujung permainan mengesahkan kejuaraan ketiga Keris Conlay selepas melakukannya pada 2013 dan 2015.

Sementara itu, jurulatih Keris Conlay, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar menyifatkan disiplin tinggi yang dipamerkan anak buahnya sepanjang permainan adalah kunci utama kemenangan.

Beliau turut menjelaskan komitmen daripada semua pemainnya mempengaruhi kejayaan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah sepanjang musim ini.

“Kita memang sudah menjangkakan perlawanan akhir ini pasti sengit. Oleh itu segala persiapan rapi dengan lebih menumpukan kepada aspek teknikal membolehkan kami mengurangkan kesilapan pada perlawanan ini dan seterusnya memenanginya.

“Antara rahsia kami boleh mengekalkan kemenangan dari permulaan musim hingga ke perlawanan akhir hari ini adalah kerana komitmen daripada semua pemain yang sanggup datang daripada jauh untuk berlatih,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Keris Conlay membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong.

Dalam pada itu, tempat ketiga menjadi milik Mersing Eagles selepas mencatat kemenangan tipis 25-24 ke atas UiTM Lions pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2mYwkHL

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.