Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Pahang Benam JDT Di Kuantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Pahang Benam JDT Di Kuantan

PEMAIN Pahang F, Matthew Thomas Davies (dua dari kiri) mengawai pemain Johor Darul Takzim (JDT), Gonzalo Gabriel Cabrera Giodano (kiri) dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur. – Foto Muhd Asyraf Sawal

KUANTAN: Pahang mencatat keputusan meyakinkan apabila menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), 3-1 pada saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan peluang skuad kendalian Dollah Salleh untuk mara separuh akhir piala berprestij itu agak cerah menjelang pertemuan kedua di Larkin pada 21 April ini.

Dalam aksi malam tadi, keghairahan tuan rumah sudah terpapar sebaik perlawanan bermula.

Ini terbukti apabila mereka hampir mendapat gol pendahuluan hasil sentuhan Matheus Alves tetapi bola tendangan penyerang itu tersasar di sebelah kanan tiang gol lawan seawal minit kedua.

Pada minit ke-13 pemain tengah, Ahmad Syamim Yahya menceriakan skuad Tok Gajah apabila bola tandukannya menerjah jaring selepas menerima hantaran daripada kapten pasukan, Matthew Davies untuk menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Dua minit kemudian, penjaga gol Pahang, Wan Azraei Wan Teh menyelamatkan gawang Pahang daripada dibolosi selepas sepakan leret penyerang JDT, Gonzalo Gabriel Cabrera ditangkap kemas.

Namun, skuad Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1, apabila sentuhan Marcos Antonio pada minit ke-21 berjaya menewaskan Wan Azraei.

Pada minit ke-40, Brian Fedrico Ferreira hampir meletakkan JDT di hadapan tetapi bola sepakannya melepasi palang gol ketika tuan rumah lebih banyak bertahan.

Sebaik babak kedua bermula, Alves menjaringkan gol kedua buat Pahang yang kembali mendahului lawan selepas berjaya melambung bola sekali gus menewaskan Izham Tarmizi.

Selang seminit, penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri turut memiliki peluang untuk meledak tetapi bola sepakannya tersasar di sebelah kiri gawang.

Pada minit ke-66, pemain gantian, Bright Dike menjaring gol ketiga untuk meletakkan kedudukan Pahang selesa dengan kemenangan 3-1.

Bagi JDT pula, perlawanan suku akhir kedua di Larkin bakal menentukan sama ada skuad itu mampu untuk mempertahankan kejuaraan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nLfqeF

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.