Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Akan Tunaikan Kewajipan Sebagai Ketua Hakim Negara Mengikut Perlembagaan Persekutuan – Md Raus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Akan Tunaikan Kewajipan Sebagai Ketua Hakim Negara Mengikut Perlembagaan Persekutuan – Md Raus

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara yang baharu Tan Sri Md Raus Sharif berkata beliau akan menunaikan kewajipan dengan segala upayanya seperti dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan Majlis Raja-Raja atas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai pelantikanya itu.

Dalam kenyataan hari ini, Md Raus juga berkata beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifn Zakaria bagi memastikan Badan Kehakiman Malaysia terus cemerlang.

Md Raus, 66, ialah Ketua Hakim Negara ke-14 menggantikan Arifin yang bersara selepas mencapai usia 66 tahun dan enam bulan, semalam.

Umur persaraan bagi hakim ialah 66 tahun. Bagaimanapun, perkhidmatan Arifin dan Md Raus telah dilanjutkan selama enam bulan.

Perkhidmatan Md Raus telah dilanjutkan dari 4 Feb, 2017 kepada 3 Ogos tahun ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan mengikut Klausa (1), Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas bermesyuarat dengan Majlis Raja-Raja.

Menurut kenyataan itu, Sultan Muhammad juga berkenan atas pelantikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Md Raus.

Kenyataan itu berkata hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dilantik sebagai Hakim Besar Malaya, menggantikan Zulkefli.

Md Raus dilahirkan pada 4 Feb, 1951 di Rembau, Negeri Sembilan dan mendirikan rumanhtangga dengan Puan Sri Salwany Mohamed Zamri. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak.

Beliau memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin.

Md Raus menamatkan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), lpoh, Perak. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1976.

Beliau adalah kumpulan perintis pelajar undang-undang Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics pada 1987.

Kerjaya cemerlang Md Raus dalam bidang perundangan bermula pada 1976 apabila dilantik sebagai pegawai yang dipinjamkan ke Mahkamah Majistret di Court Hill dan kemudian di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selepas beberapa bulan, beliau dilantik sebagai Majistret dan ditukarkan ke Pontian, Johor.

Beliau kemudian berkhidmat dalam Perkhidmatan kehakiman dan Perundangan dengan menyandang jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya Kelantan dan Terengganu, Penasihat Undang-undang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka, Penasihat Undang-undang Kementerian Pertahanan, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Kelantan dan Peguamcara Perbendaharaan Kementerian Kewangan sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Nov 1994.

Pada 12 Jan 1996, beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.

Semasa tempoh pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau berkhidmat di Shah Alam, Muar, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di Bahagian Dagang, Sivil (Mahkamah Keluarga) dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

Beliau diangkat ke Mahkamah Rayuan pada 28 Julai, 2008 dan selepas itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 14 Okt, 2009.

Pada 12 Sept, 2011, Md Raus dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengalu-alukan pelantikan Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Beliau berkata Md Raus layak menyandang jawatan itu dan dari segi kekananan, beliau berada dalam senarai untuk kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.

Mohamed Apandi berkata Md Raus merupakan graduan lulusan undang-undang yang pertama dari universiti tempatan untuk menduduki jawatan terhormat itu.

“Saya mengucapkan tahniah dengan seikhlasnya. Saya gembira atas pelantikan itu baginya dan Badan Kehakiman dan yakin beliau akan mempertahankan imej cemerlang Badan Kehakiman dari segi integriti dan produktiviti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Md Raus. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nIe42N

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.