Hi! Welcome Back and Stay Tune! EPL: Liverpool Terus Lebar Rekod Ke Atas Everton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EPL: Liverpool Terus Lebar Rekod Ke Atas Everton

DIVOCK Origi dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga ketika menentang Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi. – Foto AP

LIVERPOOL: Jurgen Klopp melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool bertemu Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada 13 perlawanan apabila meraih kemenangan 3-1 di Anfield, di sini, sebentar tadi.

Klopp juga muncul sebagai pengendali pertama kelab Merseyside itu yang merakam tiga kemenangan berturut-turut dalam tiga pertemuan tetangga liga pertamanya.

Pasukan Liverpool bermula baik apabila Sadio Mane membuka jaringan untuk pasukannya hasil gerakan solo pada minit kelapan selepas bermain satu dua dengan Roberto Firmino.

Everton memadamkan kelebihan tuan rumah pada minit ke-29 menerusi Matthew Pennington yang kali pertama diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Ronald Koeman musim ini.

Bagaimanapun kegembiraan pelawat tidak bertahan lama apabila Liverpool kembali di depan menerusi Philippe Coutinho yang melepasi benteng pelawat sebelum menewaskan Joel Robles pada minit ke-32.

Bersambung babak kedua, Liverpool terus mengukuhkan kedudukan menerusi rembatan padu Divock Origi pada minit ke-60.

Selain mengukuhkan kedudukan di tangga keempat liga, Liverpool juga melebarkan rekod tanpa kalah bertemu pasukan dalam kelompok 10 teratas kepada 15 perlawanan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2mYrV7H

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.