Ng Wakil Tunggal Negara Mara Skuasy North Of Scotland
Ng Eain Yow. – Foto Goh Thean Howe
KUALA LUMPUR: Juara remaja dunia 2016, Ng Eain Yow muncul wakil tunggal negara meneruskan cabaran pada Kejohanan Skuasy Terbuka North of Scotland, selepas Muhd Addeen Idrakie Bakhtiar ditunjuk jalan keluar pada aksi di Aberdeen.
Ng pilihan ketujuh kejohanan diheret bermain sehingga ke lima set berdepan pemain tuan rumah yang kurang ternama, Dougie Kempsell sebelum mencatat kemenangan 5-11, 12-10, 8-11, 11-6, 11-5 dalam perlawanan suku akhir itu yang berlangsung selama 92 minit lewat semalam.
Pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 19 tahun itu, bagaimanapun berdepan tugas sukar apabila dijadual berdepan pilihan kedua, Vikram Malhotra di separuh akhir selepas pemain India itu menewaskan pilihan kelima, Evan Williams dari New Zealand 11-5, 11-5, 11-8.
Dalam pada itu, Muhd Addeen Idrakie gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tumpas 12-10, 7-11, 6-11, 7-11 kepada pilihan utama, Richie Fallows dari England dalam satu lagi aksi suku akhir.
Sebagai rekod, pemain berusia 23 tahun itu yang beraksi daripada pusingan kelayakan, mencipta kejutan apabila menumpaskan pilihan kelapan, Lance Beddoes dari New Zealand 8-11, 12-10, 12-10, 11-7 pada pusingan pembukaan, Khamis lalu. – BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nW8USC✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment