Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boling Padang Negara Berlatih Di Afrika Selatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boling Padang Negara Berlatih Di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR: Skuad boling padang kebangsaan akan menjalani latihan di Johannesburg, Afrika Selatan untuk memantapkan lagi persiapan mereka dalam menghadapi Sukan SEA ke-29 Ogos ini dan Sukan Komanwel tahun depan.

Menurut ketua jurulatih skuad kebangsaan, Simon Bhota, atlet Program Podium itu akan berlepas ke Johannesburg hari ini dan berlatih selama sehari sebelum berangkat ke Namibia untuk menyertai satu pertandingan di sana.

“Selepas itu, skuad berkenaan akan kembali ke Johannesburg pada 9 April. Pada keesokan harinya, Skuad KJ (Program Kita Juara) itu akan menyertai kami di Johannesburg.

“Ketika menyertai latihan dan pertandingan di sana, skuad kebangsaan akan bermain menentang pasukan kebangsaan Afrika Selatan dan pasukan Bawah 25 mereka.

“Selain bertemu pasukan kebangsaan Afrika Selatan, pemain kami juga akan mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan kelab tempatan,” kata Bhota kepada Bernama baru-baru ini.

Bhota berkata pemilihan Afrika Selatan sebagai tempat menjalani latihan bertujuan mempersiapkan diri pemain muda serta membolehkan mereka meraih pengalaman dan pendedahan bermain di luar negara.

“Ia juga memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi bersama pemain senior. Kami merancang menggabungkan pemain muda dan pemain senior pada Sukan SEA nanti,” katanya.

Sementara itu, Bhota berkata prestasi dua pemain, Soufi Rusli dan Nor Hashimah Ismail, pada Kejohanan Perseorangan Piala Dunia di New South Wales, Australia dua minggu lalu membuktikan kemampuan pemain Malaysia tidak jauh bezanya dengan kebolehan pemain dari negara yang disegani di dunia dalam sukan itu.

Pada kejohanan itu, Soufi menang pingat perak, manakala Nor Hashimah meraih pingat gangsa.

Bhota berkata, berdasarkan prestasi semasa mereka, skuad boling padang Malaysia berada dalam kedudukan empat terbaik dunia. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nq2HKQ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.