Yatt Hamzah berdakwah menerusi lakonan
KARIER seni Yatt Hamzah mulai perlahan selepas membuat keputusan untuk berhijab, lebih lima tahun lalu. Pada masa sama, selebriti berusia 37 tahun ini sibuk menguruskan keluarga dan perniagaan selain bergiat cergas sebagai aktivis kemanusiaan.
Hakikatnya, pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini mengakui tidak pernah menutup terus buku kerjaya seninya.
“Jujur, saya sangat suka berlakon. Itu jiwa saya.Tapi, terpaksa pendam rindu itu demi keluarga dan perniagaan serta kerja kemasyarakatan. Apa-apa pun, ia adalah keutamaan saya,” katanya pada Media Hiburan.
Jelasnya, kerap menolak beberapa tawaran menyebabkan ada pihak menganggapnya sudah bersara dalam dunia lakonan.
“Saya akui terlalu kerap menolak tawaran berlakon ketika di awal penghijrahan. Tawaran ada tapi banyak yang tak kena daripada yang sewajarnya.
“Sebab itu, saya memilih untuk berehat seketika dalam dunia lakonan,” kata pemilik butik Muslimah, Suci By Yatt Hamzah ini.
Kini, isteri kepada juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin ini bersedia membuat kemunculan semula menerusi drama bersiri, Baitul Rahmat.
Sebelum ini, Yatt pernah tampil dalam drama yang sama sebagai watak utama pada 2012.
“Kali ini, saya hanya muncul sebagai cameo, melibatkan beberapa watak saja. Tapi, sebab lama tak berlakon, saya agak takut dan berdebar, bahkan ambil sedikit masa untuk kekalkan momentum.
“Mujurlah saya mendapat tunjuk ajar daripada rakan dan pengarah yang terlibat. Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan peluang yang diberikan,” katanya.
Masih mengutamakan keluarga dan perniagaan, Yatt juga bersikap selektif, terutama melibatkan watak dan jadual penggambaran selain berharap pihak produksi dapat bertolak ansur dengan rutin hariannya.
“Saya bertuah kerana suami menyokong untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. Dia merasakan ada keperluan untuk saya comeback.
“Jadi, saya cuma harapkan sedikit kelonggaran daripada soal masa dan watak sekiranya ada tawaran lain. Biarlah sesuai dengan imej hari ini,” katanya yang berharap dapat berlakon sekurang-kurangnya satu atau dua drama mahupun telefilem dalam setahun.
Mengikut syariat
Pada masa sama, Yatt menyifatkan pembabitannya dalam dunia lakonan sebagai salah satu cara berdakwah.
“Saya rasa semua orang suka menonton TV, jadi impaknya sangat luar biasa pada jiwa dan hati manusia. Jadi, kenapa tidak kita gunakan medium ini untuk berdakwah?,” katanya.
Menerusi lakonan, katanya, dakwah boleh disampaikan melalui watak, perwatakan dan skrip serta naskhah yang baik.
“Contohnya melalui cara pemakaian dan bercakap, tiada masalah untuk memaparkan pembawaan diri seorang wanita moden, elegan dan cantik tetapi masih mengikut syariat “Gunakan bahasa yang indah kerana setiap dialog yang dilontarkan sangat penting bahkan mampu menjadi ikutan masyarakat,” katanya.
Malah, Yatt turut beranggapan dunia lakonan adalah sebagai cabang dakwah yang sangat efektif.
“Bagi saya, cerita Islamik boleh jadi viral dan memberi kesedaran kepada masyarakat andai kena dengan caranya. Islam itu first class jadi kita perlu jadikan setiap naskhah yang dihasilkan juga bersifat first class,” katanya.
The post Yatt Hamzah berdakwah menerusi lakonan appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ntUd6n✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment