Drama ‘Jong-nam’ berakhir selepas 46
Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan seorang lelaki warganegara Korea Utara di Sepang, selesai hari ini.
Segalanya bermula susulan pembunuhan seorang lelaki, Kim Chol, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lepas.
Lelaki itu, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, mati akibat mukanya dilumur dengan agen saraf VX oleh dua wanita warga asing.
Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Dua wanita asing itu – Siti Aisyah, 25, warganegara Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warganegara Vietnam – didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lepas.
Susulan kes pembunuhan itu, Duta Korea Utara ke Malaysia Kang Chol membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap usaha Malaysia mengendalikan kes itu, bertentangan dengan pendirian Kuala Lumpur yang menegaskan bahawa ia mengendalikan kes berkenaan secara profesional dan mengikuti standard antarabangsa.
Berikutan itu, kerajaan Malaysia mengisytihar Kang Chol sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak diterima negara ini, yang memaksa beliau meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas.
Pyongyang pula mengambil tindakan sama terhadap Duta Malaysia ke Korea Utara pada hari yang sama.
Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, yang menyebabkan Kuala Lumpur mengambil tindakan serupa terhadap rakyat Korea Utara di Malaysia.
Namun, dua rakyat Malaysia yang bertugas dengan Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengikuti kursus WFP di Pyongyang, dibenarkan meningggalkan negara itu pada 9 Mac lepas dengan menuju ke Beijing, China.
Kira-kira 8.30 malam ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara telah dibenarkan meninggalkan negara itu.
Beberapa hari sebelum ini, pihak berkuasa menutup mulut dan hanya memaklumkan perundingan Kuala Lumpur-Pyongyang sedang berlangsung untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Hari ini, media yang berkampung di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di sini sejak 15 Febuari lepas, melihat pergerakan luar biasa dengan
sebuah van yang dipercayai membawa mayat Jong-nam, beredar keluar dari hospital berkenaan pada 1.40 tengah hari tadi.
Van jenazah berwarna kelabu, yang dipercayai membawa mayat Jong-nam, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.47 petang tadi.
Pesawat yang membawa mayat Jong-nam dilaporkan berlepas dari KLIA ke Beijing pada 7.30 petang tadi.
Sembilan rakyat Malaysia yang dibenarkan meninggalkan Korea Utara berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam ini waktu Malaysia dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pukul 5 pagi esok.
The post Drama ‘Jong-nam’ berakhir selepas 46 appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nF04qx✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment