Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebenaran Penganjuran Debat Tun Mahathir-Nazri Aziz Dibatalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebenaran Penganjuran Debat Tun Mahathir-Nazri Aziz Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Kebenaran penganjuran debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sepatutnya  berlangsung pada 7 April ini telah dibatalkan.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub  dalam catatan Twitternya malam ini berkata kebenaran yang diberikan semalam oleh pihak polis telah dibatalkan menerusi sepucuk surat yang diterimanya hari ini.

“Pelik, Dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!!” katanya.

Menurut surat tersebut yang dialamatkan kepada Sinar Karangkraf Sdn Bhd, yang menjadi penganjur debat itu, pembatalan dibuat kerana mendapat bantahan penduduk sekitar kawasan tersebut.

Penganjur, Sinar Harian sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Hussamuddin turut memuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya pada Jumaat.

Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Sementara itu ketika dihubungi Astro AWANI, pihak Ibu Pejabat Polis Shah Alam mengesahkan mengeluarkan surat berhubung pembatalan permit penganjuran debat tersebut susulan bantahan penduduk setempat.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ntUaYo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.