Sam Nuhair Kecewa Foto Diguna Penganjur Festival Tanpa Persetujuan
Hiburan
Penyanyi Sam Nuhair kecewa apabila fotonya diguna penganjur Festival Teluk Batik untuk mempromosi acara tersebut tanpa persetujuannya.
Sam Nuhair berkata dia tidak akan terlibat untuk mengadakan apa-apa persembahan dalam festival tersebut yang berlangsung di Teluk Batik, Perak malam ini.
“Pihak penganjur ada berususan dengan pihak pengurusan saya sejak tiga minggu lalu, namun sehingga kini mereka belum melunaskan bayaran deposit yang sepatutnya mereka bayar.
“Deposit itu prosedur normal yang biasa dikenakan bagi setiap penganjur setiap kali saya terlibat dalam mana-mana persembahan.
“Jadi saya dinasihatkan pihak pengurusan untuk tidak terlibat dalam persembahan tersebut kerana bimbang saya akan terlibat dengan risiko yang tinggi.
“Lebih mengejutkan dan mengecewakan saya, mereka telah menggunakan foto dan nama saya di dalam poster promosi festival tersebut sedangkan tiada lagi kata putus yang mengatakan saya akan terlibat,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) memberitahu tindakan pihak penganjur telah membuat ramai peminatnya percaya dan mula bertanya mengenai kehadirannya.
“Saya dapat tahu foto saya digunakan dalam poster pun setelah ramai peminat yang memberitahu tidak sabar mahu menonton persembahan saya di festival tersebut.
“Perkara ini, telah membuatkan saya terpaksa menguar-uarkan kepada umum di laman sosial Instagram saya yang saya tidak akan terlibat dalam persembahan tersebut.
“Saya harap pihak penganjur bertanggungjawab di atas kesalahan ini, suapaya ia tidak sewenang-weanngnya mempergunakan nama orang lain demi kepentingan mereka sendiri,” katanya lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2omY4q5✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment