Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penantian Kami Sehingga Satu Pagi Berbaloi – Acong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penantian Kami Sehingga Satu Pagi Berbaloi – Acong

1 April 2017. 9.32 AM

Hiburan

Penantian Kami Sehingga Satu Pagi Berbaloi - Acong
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Acong mengakui penantian anggota kumpulan Nice yang juga dianggotai Ropie dan Tauke sehingga satu pagi sangat berbaloi.

Menurut Acong, mereka terpaksa menunggu pelakon Nadia Brian menghabiskan penggambaran sehingga lewat malam untuk berbincang mengenai persembahan pada minggu ini.

“Kami terpaksa pergi ke lokasi penggambaran Nadia untuk berbincang mengenai jalan cerita yang hendak dilakukan diatas pentas.

“Ini kerana ketika itu dia sedang sibuk menjalani penggambaran dan kami harus untuk menunggu sehingga pukul satu pagi.

“Ternyata penantian itu berbaloi apabila kami berjaya untuk melakukan persembahan dengan baik dan saya juga telah merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Acong ditemui ketika majlis sidang media minggu ketujuh MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.

Minggu ketujuh MLM2017 menyaksikan kumpulan Xoxo telah tersingkir selepas mendapat markah terendah.

Sementara itu, pelakon Erra Fazira telah dijemput sebagai juri jemputan dengan mengantikan Neelofa yang tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini —-> ( http://bit.ly/2nt9Tad).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2mXTWMU

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.