Membeli Rumah Lelong, Tetapi Pemilik Asal Tidak Mahu Mengosongkan Rumah, Langkah-Langkah Ini Boleh Dilakukan Bagi Memastikan Pemilik Mengosongkannya
Membeli rumah lelong adalah antara salah satu cara yang boleh dilakukan dalam membeli hartanah, dan mungkin boleh mendapatkannya dengan harga rendah dari harga pasaran. Namun, sebelum membeli harus tahu terlebih dahulu akan apa yang perlu dilakukan jika ingin membeli rumah lelong.
Tapi, jika rumah yang dibeli, masih berpenghuni, dan penghuni, atau pemilik asal rumah lelong tersebut tidak mahu mengosongkan rumah, apakah yang boleh kita lakukan?
Menerusi perkongsian dari peguam hartanah, iaitu saudara Salkukhairi Abd Sukor, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam menangani situasi seperti ini.
Mari kita ikuti penerangan darinya.
PEMILIK ASAL ENGGAN MENGOSONGKAN RUMAH YANG TELAH DILELONG, APAKAH TINDAKAN YANG PEMBELI BOLEH LAKUKAN?
Di antara masalah biasa dihadapi oleh pembeli rumah lelong adalah keengganan pemilik asal keluar daripada rumah tersebut.
Lebih malang lagi pemilik asal bersikap kasar dengan pembeli rumah lelong, seperti menunjukkan senjata, memaki hamun dan menggunakan kekerasan terhadap mereka apabila diminta mengosongkan rumah tersebut.
Di sini saya huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pembeli rumah lelong sekiranya pemilik asal enggan mengosongkan rumah tersebut.
1. Jumpa dan berbincang dengan baik
Tempoh masa yang munasabah perlu diberikan kepada mereka untuk mereka mengosongkan rumah tersebut.
Mungkin juga jika pembeli berkemampuan boleh tawarkan bantuan perpindahan kepada pemilik asal atau memberi mereka sedikit saguhati untuk memudahkan urusan perpindahan mereka.
Dengan cara berlembut begini mungkin pemilik asal akan mengosongkan rumah tersebut dengan segera secara baik.
2. Lantik peguam
Sebaliknya mereka boleh lantik peguam untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya terhadap pemilik asal rumah lelong tersebut.
3. Antara tindakan perundangan yang boleh diambil oleh peguam
a) Peguam akan hantar notis tuntutan terhadap pemilik asal untuk meminta mereka mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh masa tertentu seperti 14 hari daripada tarikh notis misalnya.
b) Sekiranya pemilik asal masih gagal atau enggan mengosongkan rumah tersebut, peguam akan failkan Writ Pemilikan di Mahkamah.
c) Sekiranya Mahkamah berpuas hati dengan permohonan tersebut, satu perintah milikan kosong akan dikeluarkan.
d) Balif Mahkamah akan menyerahkan perintah tersebut kepada pemilik asal / menampal di premis tesebut dan pemilik asal perlu mengosongkan rumah tersebut dalam masa 14 hari daripada tarikh penyerahan perintah mahkamah.
e) Sekiranya masih gagal, Balif Mahkamah akan datang ke rumah tersebut untuk melaksanakan tindakan mengambil milikan kosong daripada pemilik asal. Biasanya proses penguatkuasaan ini akan dibantu oleh pihak polis atau pihak berkuasa yang lain.
f) Sekiranya pemilik asal berkeras untuk tidak mahu keluar, mereka boleh ditangkap dan diambil tindakan hina mahkamah.
g) Setelah pemilik asal keluar dan mengosongkan rumah tersebut, milikan kosong rumah tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada pembeli.
Mungkin ada yang bertanya tentang berapakah kos guaman sekiranya tindakan perundangan sedemikian di ambil.
Tentang kos guaman, ianya bergantung kepada case to case basis dan pengalaman peguam yang mengendalikan kes tersebut. Lebih complicated kes tersebut, lebih tinggi kos guaman yang akan dikenakan oleh peguam.
Jadi pembeli kena berbincang dengan peguam yang dilantik terlebih dahulu tentang kos guaman tersebut.
Terima kasih,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
– Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment