Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tan Sri Md Raus Sharif Dilantik Ketua Hakim Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tan Sri Md Raus Sharif Dilantik Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun enam bulan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Kenyataan itu memaklumkan Sultan Muhammad juga memperkenankan pelantikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Md Raus.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop pula dilantik sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Zulkefli.

Semua pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 April.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Arifin Zakaria di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Sultan Muhammad juga telah memberi perkenan supaya majlis penyampaian watikah-watikah pelantikan untuk hakim-hakim berkenaan diadakan Isnin ini (3 April) pada pukul 11 pagi.

Ketua Hakim Negara akan mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada hari yang sama.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2olsw3I

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.