Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hujan Lebat Landa Tanah Suci Makkah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hujan Lebat Landa Tanah Suci Makkah



MAKKAH – Hujan lebat lebih 30 minit yang melanda Tanah Suci Makkah petang ini, ternyata menggembirakan penduduk setempat dan jutaan jemaah haji termasuk dari Malaysia yang berada di sini, untuk menunaikan ibadah haji.

Hujan kira-kira 4.45 petang itu, mulai membasahi kota suci ini selepas umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Jemaah haji Malaysia yang menginap di Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini, turut tidak melepaskan peluang untuk berada di luar bangunan penginapan itu, sambil menadah tangan kesyukuran setelah terpaksa berdepan cuaca panas terik sejak mula tiba di kota suci ini.

Beberapa jemaah Malaysia keluar ke kawasan lapang sambil berdoa: “Alhamdulillah… Alhamdulillah, hujan rahmat”.
Suhu di Tanah Suci ini, lazimnya mencecah antara 40 dan 43 darjah celsius.

Menurut seorang penduduk tempatan, Majid, 25, kali terakhir hujan lebat melanda kota suci itu adalah pada Ramadan lepas.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur, dan menyifatkannya sebagai hujan rahmat.

“Alhamdulillah…ia satu hujan rahmat kerana setiap tahun walaupun kita dalam musim panas, masih lagi hujan yang dapat menyejukkan suasana dan membersihkan kawasan di Arafah dan Mina yang digunakan setahun sekali,” katanya.

Tidak sampai 10 hari lagi, jemaah haji akan bergerak ke Arafah, Muzdalifah dan Mina dalam operasi Masyair. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZfU38

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.