Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Melihat Rakaman Semula, Indonesia Mengaku Silap Besar Apabila Meninggalkan Gelanggang Ketika Perlawanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Melihat Rakaman Semula, Indonesia Mengaku Silap Besar Apabila Meninggalkan Gelanggang Ketika Perlawanan

loading…

Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui kesilapan besar skuad sepak takraw wanita negara itu meninggalkan gelanggang ketika menentang Malaysia, semalam.

Selepas Melihat Rakaman Semula, Indonesia Mengaku Silap Besar Apabila Meninggalkan Gelanggang Ketika Perlawanan
Selepas Melihat Rakaman Semula, Indonesia Mengaku Silap Besar Apabila Meninggalkan Gelanggang Ketika Perlawanan

Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar, berkata tindakan jurulatih serta pemainnya itu kerana terlalu beremosi dan kecewa terhadap wasit (pengadil) bertugas.

ARTIKEL MENARIK: Bas Yang Membawa Atlet Daripada Thailand, Myanmar Dan Filipina Terbabit Dalam Kemalangan.- Acara Skuasy Sukan SEA Ke-29 Ditangguh..

loading…

“Namun selepas meneliti dan melihat semula data serta video ulangan, ternyata tekong kami mengangkat kaki ketika melakukan servis dan ia adalah kesalahan.

“Ketika itu, jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dengan mata kasar dan kami akui sudah melakukan kesilapan,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Syafrizal, beliau selaku pengurus pasukan semalam, cuba memujuk jurulatihnya supaya tidak meninggalkan gelanggang namun disebabkan perlawanan yang sedang ‘hangat’, hal yang kecil pun boleh menjadi besar.

“Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha mengikuti peraturan bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul.

“Namun kemarahan yang tidak terbendung itu, kami ‘keluar gelanggang’ dan kami kesal serta memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.

Insiden protes sehingga meninggalkan gelanggang itu tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan tekong dari negara itu, Lena, ketika mereka sedang mendahului set kedua dengan 16-10.

Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan 22-20.

Nasib Indonesia bakal diketahui dalam masa terdekat ini selepas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal yang lain bagi menentukan jenis hukuman yang akan dikenakan ke atas republik itu.

Sumber: Siakapkeli

—————————————————————–
Loading…

The post Selepas Melihat Rakaman Semula, Indonesia Mengaku Silap Besar Apabila Meninggalkan Gelanggang Ketika Perlawanan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x8fZ4I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.