PlayStation 4 Edisi Gran Turismo Sport Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Oktober 2017
Sony hari ini telah memperkenalkan berkas konsol PlayStation 4 Edisi Gran Turismo Sport bersempena dengan Gamescom 2017, dan pada masa yang sama mengumumkan konsol edisi terhad berkenaan turut akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Melalui konsol edisi terhad ini, ia menawarkan konsol bersaiz 1TB, dilengkapi dengan rekaan logo Gran Turismo pada bahagian tengah, dan penggunaan warna kelabu untuk konsol. Ia turut hadir dengan rekaan alat kawalan DualShock 4 yang menyertakan logo Gran Turismo.
Pembeli berkas edisi terhad ini turut akan menerima permainan Gran Turismo Sport, kandungan tambahan dengan akses kepada tiga kereta tambahan, dan juga pakej langganan 12 bulan untuk PlayStation Plus.
Di Malaysia, berkas edisi terhad PlayStation 4 Gran Turismo Sport Special Edition ini akan ditawarkan pada harga RM1799 bermula bulan Oktober 2017 ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2imCKyx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment