Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempak! Diana Danielle Bakal Jadi Pelumba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempak! Diana Danielle Bakal Jadi Pelumba

SIAPA sangka pelakon Diana Danielle yang tidak tahu memandu kereta transisi gear manual kini mampu mengendalikan kereta lumba hanya dalam masa tiga bulan!

Lucunya cerita Diana, ketika dia mula-mula menyertai program Toyota Gazoo Racing yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, enjin kereta dipandunya asyik mati kerana dia tidak biasa menggunakan klac dan pemecut dengan betul.

“Untuk saya belajar tukar gear dengan lancar dan lembut supaya kereta tidak mengeluarkan bunyi seperti hendak meletup adalah cabaran paling besar.

“Bayangkan dua hari pertama saya memandu kereta manual, kereta saya asyik ‘mati’ kerana tak pandai menekan klac dan pemecut dengan betul.

“Malu sangat tetapi saya layan sahaja. Cabaran memandu di tapak perlumbaan dengan cepat dan konsisten juga menjadi cabaran besar,” katanya.

Namun kata Diana, dia bertuah kerana tenaga pengajar dari Toyota tidak pernah memandang rendah kebolehannya malah menganggap mereka seperti pemandu profesional.

“Memandu laju bukan sahaja keutamaan tetapi masa juga perlu konsisten untuk setiap lap (pusingan) dilakukan selain pelbagai situasi yang perlu saya sesuaikan diri sebagai pemandu amatur.

“Sepanjang menghadiri kelas itu banyak teknik dipelajari setiap hari tentang risiko dan cara mengatasinya sehingga pemandu cekap memahami tanda-tanda sebelum kereta hilang kawalan ketika memandu dengan mendengar bunyi atau merasa ketidakstabilan graviti.

“Tetapi Alhamdulillah guru memberi tunjuk ajar menggunakan pengalaman mereka jadi ia menjadi aktiviti menyeronokkan selain kereta Vios diberikan sangat mudah dikendalikan,” katanya.
Dalam pada itu, Diana berkata, dia berhasrat untuk meneruskan karier dalam bidang itu secara profesional sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.

Malah dia juga teruja bakal menyertai perlumbaan profesional pertamanya iaitu Vios Challenge di Batu Kawan, Pulau Pinang menerusi Toyota Gazoo Racing Festival pada 11 hingga 13 Ogos depan.
“Teruja sangat dapat menyertai perlumbaan itu dan kini saya sedang giat melakukan latihan bagi memantapkan pemanduan selain aktif bersenam dan mengamalkan makanan sihat.

“Jika ada peluang untuk saya teruskan secara profesional, saya akan sambar! Saya pun sudah mendaftar untuk belajar teknik drifting pula selepas menyertai Vios Challenge nanti,” katanya.
Bercakap tentang minatnya itu, Diana berkata, sejak dahulu lagi dia gemar memandu kereta dan dari situ dia mula cekap mengendalikan kenderaan dan timbul minat terhadap sukan permotoran.
Malah kata Diana, keluarga dan suaminya, pelakon Farid Kamil juga banyak memberikan galakan serta tip dalam mengendalikan kereta dengan baik.

“Walaupun ada orang lain yang boleh memandu namun kalau saya keluar bekerja kebiasaannya saya akan pandu sendiri kereta dan dari situ saya jadi cekap.

“Keluarga pun selalu beritahu saya patut sertai bidang ini sebab kalau saya bawa kereta pun memang macam tengah berlumba.

“Tetapi Farid banyak beri saya tip sebab dia dulu pun pernah masuk perlumbaan motor, jadi dia banyak beri saya dorongan dan kami sering berkongsi cerita,” katanya.

The post Gempak! Diana Danielle Bakal Jadi Pelumba appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wA5slb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.