Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku Diperkenal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ikon Baharu 1Malaysia Negaraku Diperkenal


PUTRAJAYA - Ikon baharu 1Malaysia Negaraku diperkenalkan hari ini sebagai simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Penyerahan itu disaksikan oleh Tan Sri Lim Kok Wing selaku Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

KKMM dalam satu kenyataan hari ini, berkata ikon baharu itu akan menjadi satu simbol yang menguatkan mesej dan memberikan platform yang lebih khusus bagi memupuk perpaduan negara.

"Sambil mempamerkan imej sebuah negara yang bersatu padu dan ikonik, ikon baharu ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesetiaan dan komitmen mereka terhadap perpaduan dan keharmonian melalui 1Malaysia Negaraku," kata kementerian itu.

Pelancaran rasmi ikon 1Malaysia Negaraku akan diadakan pada 23 Ogos ini, katanya.

KKMM berkata sejak pelancarannya, inisiatif 1Malaysia telah diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan ikon 1Malaysia telah menjadi simbol paling dikenali di negara ini yang merangkumi prinsip berteraskan keterangkuman, kesatuan dan kebersamaan.

Logo itu boleh dimuat turun di laman sesawang kementerian www.kkmm.gov.my. -BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whcHz9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.