Pungutan pingat Sukan SEA 2017 (9pm)
KUALA LUMPUR - Berikut pungutan pingat Sukan SEA 2017 setakat pukul 9 malam ini.
Pasukan kebangsaan menamatkan saingan Sukan SEA ke-29 hari ini dengan kutipan tiga emas dan satu perak.
Di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya, perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan masing-masing menyumbang pingat emas dalam acara renang terbuka 10 kilometer (km) kategori lelaki serta wanita, diikuti pasukan memanah negara yang beraksi di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dalam acara compound berpasukan campuran yang dianggotai oleh Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh.
Dan petang tadi, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pasangan renang berirama negara yang dianggotaoi oleh Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey, mengutip pingat perak melalui dalam acara duet rutin teknikal. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbm0Nn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment