Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Cara Warren Buffett Uruskan Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Cara Warren Buffett Uruskan Syarikat

#1-Pastikan Syarikat Berada Dalam Keadaan Baik.

Image result for warren buffett and employees

Melabur bukanlah satu permainan kanak-kanak dan ada banyak risiko.

Justeru, Warren betul-betul memilih saham yang terbaik dan kongsikannya bersama orang ramai yang kurang arif mengenai pelaburan.

Hasilnya, ramai yang mengikut setiap langkah Warren semasa melabur dan dia mempunyai sejumlah pelanggan dan pengikut yang besar.

Dikatakan, penduduk di kawasan tempat tinggalnya sangat menghormati dan menyukai dia dan syarikatnya.

Kata Warren, dalam membuat sesuatu keputusan dalam bisnes, pelaburan dan sebagainya, fikirkannya untuk jangka masa panjang.

Hal yang sama juga akan dilakukan oleh pelanggan anda. Pelanggan akan tertarik jika konsep anda menjalankan bisnes bertepatan dengan konsep ataupun nilai yang mereka hendaki.

Pastikan anda menjalankan bisnes dengan betul dan anda akan mendapat pelanggan dan hasil yang sebetulnya.

#2-Kekalkan Fokus Pada Syarikat Anda.

Image result for warren buffett and employees

Kata Warren, walaupun syarikat tersebut bagus namun jika nilai yang cuba dibawa oleh syarikat tidak kena mungkin menyebabkan pekerja anda hilang minat atau bosan, mereka akan berasa lewa untuk bekerja.

Beri perhatian kepada syarikat dan jangan abaikan perkara asas dalam syarikat hanya kerana ingin mengejar bisnes-bisnes lain kerana ia merupakan tindakan yang akan beri kesan buruk kepada syarikat.

“I don’t look to jump over 7-foot bars: I look around for 1-foot bars that I can step over.”-Warren Buffet

#3-Kekalkan Kadar Harga Terendah.

Image result for warren buffett and employees

Jika anda pastikan kos produk atau perkhidmatan anda rendah, anda boleh tawarkan harga yang lebih rendah dan ini akan menarik lebih ramai pelanggan.

Mereka juga akan iklankan bisnes anda kepada orang lain yang mereka kenal.

Kos yang rendah juga akan bantu syarikat bertahan lebih lama dan stabil dari segi kewangan.

Apa yang penting adalah, anda pastikan yang apa yang anda tawarkan mengandungi nilai yang istimewa untuk pelanggan anda. Jika tidak,anda tidak akan mempunyai bisnes sama sekali.

#4-Kekalkan Konsep Syarikat Kecil.

Image result for warren buffett and employees

Tidak perlu terburu-buru untuk kembangkan bisnes melainkan kita sudah benar-benar bersedia.

Warren berpendapat adalah bagus sekiranya sesebuah syarikat itu berfungsi pada skala kecil.

Risiko sebenar bermula apabila anda tidak mengetahui atau benar-benar pasti apa yang anda lakukan.

Menurutnya lagi, saiz syarikat tidak menentukan kejayaan sesuatu syarikat.

Apa yang penting adalah satu pasukan yang bekerja dengan gembira, faham dan sama-sama mencapai matlamat syarikat.

#5-Sentiasa Jaga Reputasi Anda.

Image result for warren buffett

Bagi Warren, adalah sangat penting untuk menjaga reputasi syarikat dengan bersikap jujur dan tidak melakukan sesuatu yang akan memalukan diri sendiri serta imej bisnes yang anda usahakan.

Lantaran itu, dia selalu mengingatkan diri sendiri dan pemilik bisnes yang lain bahawa ia mungkin mengambil masa 20 tahun untuk membina bisnes namun ia hanya mengambil masa 5 minit untuk memusnahkan apa yang anda bina.

Sentiasa fikirkan ini sebelum melakukan sesuatu dan mungkin anda akan melakukannya dengan cara yang berbeza.



Sumber 5 Cara Warren Buffett Uruskan Syarikat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zc0NYU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.