Hi! Welcome Back and Stay Tune! Karya Epik 'Photoshop' Ini Pasti Membuatkan Anda Gelak Berdekah! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Karya Epik 'Photoshop' Ini Pasti Membuatkan Anda Gelak Berdekah!

Karya Epik 'Photoshop' Ini Pasti Membuatkan Anda Gelak Berdekah!

Sekali pandang, gambar ini mungkin benar-benar berlaku tanpa sebarang 'editing' Photoshop. (Gambar: Facebook Average Rob)

Jika anda merasakan skill ‘Photoshop’ anda sudah hebat, fikir sekali lagi. Artis digital dan pelawak ini pasti membuatkan anda tergelak ‘berdekah’ tanpa henti melihat hasil kerjanya sangat realistik.
 
Menggunakan  selebriti terkenal sebagai bahan jenakanya, suntingan serta pemilihan ton warna menjadikan gambar dihasilkan amat menjadi. Malah, individu ini turut menyelitkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai bahan usikkannya.
 
Rojak Daily Skop! memilih lima hasil kerja lelaki ini yang dikenali sebagai Robert yang dianggap paling mencuit hati!
 
1. 'MUKA TIDAK BERSALAH'

Berat bahu memikul, berat lagi mendukung Robert.

Gambar pasangan Ryan Reynolds dan Blake Lively ini antara yang paling kelakar. Melihat mimik muka pemuda ini saja sudah membuat penulis ‘berdekah’, apatah lagi dengan reaksi Blake Lively yang kena dengan situasi di karpet merah ini. Ton warna dan sedikit ‘noise’ pada gambar menjadikan ia nampak lebih realistik.

2. 'KESENGSARAAN' KANYE WEST

Redha. Mungkin itu paling sesuai menggambarkan reaksi muka Kanye West. 
Reaksi muka Kanye West ini cukup untuk memberi tahu kepada kami bertapa sengsaranya beliau diapit oleh Robert dan Kim Kardashian. Selain itu 'posse' pemuda ini yang sedang sarat mengandung sangat epik!

3. MIMIK MUKA SELAMBA

Angelina Jolie juga 'redha' dengan nasib menimpa dirinya.
 
Ini antara yang paling kelakar daripada semua hasil kerjanya. Duduk di tengah antara Brad Pitt and Angelina Jolie sebenarnya sukar untuk ‘dihadam’. Malah, muka selamba pemuda ini yang sedang menikmati minuman menjadikan ia lebih lucu. Lihat saja muka  Angelina Jolie.

4. PANDANGAN TAJAM DAVID BECKHAM

'Awkward' sungguh untuk kami melihat gambar ini.
 
Gambar seterusnya lebih janggal untuk dilihat tetapi ia masih lawak dengan aksi Robert menyarung tuala ke atas badan David Beckham. Malah, pandangan David Beckham ke arah pemuda ini juga nampak realtistik. Sekali lagi Robert bijak menggunakan ton warna untuk dipadankan dengan gambar asal.

5. TUNAFOTO PALING EPIK

Kami mencari juga hasil gambar swafoto ini di Instagram Taylor Swift.

Aksi tunafoto atau ‘photobomb’ antara Taylor swift dan Karlie kloss ini mungkin menjadi gambar tunafoto paling kelakar. Gaya Robert yang ‘gila-gila’ di belakang kedua rakan baik ini pasti memusnahkan gambar swafoto mereka. Nampaknya aksi pemuda ini lebih mencuri tumpuan ramai dibandingkan dua selebriti Hollywood itu.
 



Sumber Karya Epik 'Photoshop' Ini Pasti Membuatkan Anda Gelak Berdekah!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gI6YbS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.