Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin
Beliau berkata filem juga boleh berperanan sebagai perantara untuk memahami dengan lebih baik budaya yang berbeza dan meningkatkan kesedaran tentang rantau lain.
Beliau berkata demikian pada malam gala perasmian Festival Filem Amerika Latin ke-16 di Malaysia, di sini Khamis malam.
"Filem merupakan forum bagi rakyat dari seluruh pelosok dunia untuk berkongsi kebudayaan yang boleh memberi inspirasi dan menyatukan masyarakat di sebalik perbezaan kita," katanya.Mohamed Nazri juga berkata Malaysia berminat untuk mengadakan festival filem serupa di Amerika Latin dan perkara itu akan diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
"Filem secara tidak langsung turut mempromosikan pelancongan dan kami mahu mereka di luar sana tahu lebih banyak tentang Malaysia," katanya.
Berlangsung di GSC Pavilion KL, festival filem dari 1 hingga 8 Nov itu menampilkan filem-filem dari 11 negara Amerika Latin termasuk negara tamu Afrika Selatan.
Antara filem yang akan ditayangkan ialah filem animasi Uruguay 'Anina' dan filem seram Venezuela 'The House at the End of Time'.
Festival itu dianjurkan oleh kedutaan negara-negara Amerika Latin dan Caribbean di Malaysia.
-- BERNAMA
Sumber Pembikin filem Malaysia digesa terokai pasaran Amerika Latin
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gIyWE6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment