Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum, Boleh Merawat Migrain, Batu Karang Dan Demam Kuning..
Tumbuhan daripada kumpulan rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak zaman 80-an dan 90-an menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali.
Satu kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan.
Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berketak-ketak.
Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.
Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih
Di kampung-kampung, herba ini digunakan bagi mengubati sakit kepala dan migrin.
– Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.
– Akarnya mampu mengubati demam kuning dengan cara merebus 15 gram akarnya sehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.
– Bagi merawat batu karang pula, 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagi mengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.
– Bagi merawat reumatoid pula, 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit . Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.
– Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam. Ia juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup.
Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.
Memang banyak khasiatnya, tapi masih ramai yang tidak tahu akan khasiatnya, selain dijadikan ubat buah pokok ni juga boleh dijadikan tasbih.. Sesuai namanya digelar pokok tasbih
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iC80ds
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment