Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun ditemukan lemas, hari ini, selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran Jalan Helang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata mangsa, Muhammad Fakrul Najman Fauzi yang juga murid Sekolah Kebangsaan Nusa Damai, Pasir Gudang itu dipercayai sedang bermain di tepi parit berkenaan bersama seorang rakan pada jam 3 petang semalam sebelum terjatuh.

"Ketika bermain, secara tiba-tiba mangsa tergelincir dan terus dihanyutkan air. Rakan mangsa kemudiannya segera pulang untuk dapatkan bantuan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian hujan sedang lebat dan air di dalam parit selebar kira-kira 20 kaki dan 15 kaki dalam itu mengalir deras sehingga ke Sungai Kim-Kim, Pasir Putih iaitu kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan petang semalam melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota polis, seorang pegawai dan 19 anggota bomba, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam serta lapan anggota Rukun Tetangga ditangguh pada 12 malam tadi dan disambung semula 7 pagi ini.

Jokhiri berkata mayat kanak-kanak itu dijumpai pasukan penyelamat pada 8.30 pagi tadi di terusan sungai berhampiran lampu isyarat Taman Bacang, Jalan Kong Kong-Masai, kira-kira sembilan kaki di bahagian bawah dasar sungai.

"Mayat dijumpai dalam keadaan sempurna fizikal dan lengkap berpakaian cuma sedikit kembung dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, pada 9.30 pagi tadi untuk bedah siasat," katanya dengan menambah operasi itu dihentikan pada 10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba Ibrahim Omar yang dihubungi berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia jatuh.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada 4.50 petang semalam.

-- BERNAMA



Sumber Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yP28UY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.