Lelaki Ini Memeluk Erat Ayahnya Yang Sudah Tua Di Dalam Kereta Api Sangat Menyentuh Hati..
KASIH keluarga sampai ke syurga. Itu gambaran dua keadaan menerusi satu gambar yang viral di laman sosial hingga membuat netizen sebak.
Gambar dua situasi yang menggambarkan cinta dan kasih sayang orang tua dengan anaknya dirakam lelaki dikenali sebagai Restoris A Fatiha ketika menaiki keretapi Prameks dalam perjalanan ke Kutuarjo-Solo pada 6.20 petang (waktu tempatan), 18 Oktober.
Foto dan kisah itu dikongsi lebih 4,000 pengguna dan lebih 1,000 komen.
“Gambar ini dirakam pada 18 Oktober pada sekitar 6.20 petang. Saya lihat sesuatu yang membuatkan saya terus merindui ibu bapa, hati tersentuh dan mahu mengeluarkan air mata.
“Satu perbuatan yang kelihatan sederhana tetapi sangat bermakna untuk tontonan semua.
“Pertamanya saya melihat lelaki berusia sekitar 50-an duduk bersama bapanya yang mungkin berusia 75-80 tahun.
“Beberapa saat ketika bapanya mahu menukar posisi duduknya dan bersandar pada badan anaknya yang ketika itu sedang menerima panggilan telefon.
“Anak lelakinya itu kemudian menukar telefon kepada tangan kanannya sebelum tangan kiri merangkul bapanya.
“Situasi ini walaupun nampak mudah tetapi menggerakkan hati kita sebagai seorang anak untuk menyayangi ibu bapa kita walaupun dengan cara yang mudah,” tulisnya.
Menurutnya, di kerusi sebelah pula kelihatan datuk dan nenek sedang mengambil gambar ‘wefie’ bersama cucunya.
“Yang sebelah gambarnya pula adalah datuk nenek dengan cucu. Keadaan untuk mengingatkan seorang kanak-kanak untuk sentiasa mencintai dan mengasihi ibu bapa kita dengan cara yang mudah," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yREN2u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment