Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Lelaki Cukup Sifat Yang Masih Bayi Bertali Pusat Ditinggalkan Di Atas Lantai Simen.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Lelaki Cukup Sifat Yang Masih Bayi Bertali Pusat Ditinggalkan Di Atas Lantai Simen..


Sepasang suami isteri terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di gerai sarapan milik mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian, 6.30 pagi semalam.

Menurut pemilik gerai, Tarikon Paimon, 65, ketika kejadian, dia bersama isteri, Saijah Samin, 53, pergi ke gerai yang terletak lima meter dari rumah mereka sebelum terdengar tangisan bayi.

"Kami terkejut dan mencari punca tangisan itu sebelum bunyinya semakin kuat apabila menghampiri gerai sarapan kami. Kemudian saya terlihat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditinggalkan di atas simen dengan ditutupi kain tuala.


"Tiada sebarang nota atau beg lain ditinggalkan bersama bayi itu, sebelum saya meminta bantuan jiran yang juga bidan untuk membersihkan bayi berkenaan

Jelas Tarikon, dia segera menghubungi Balai Polis Pontian sebelum anggota polis datang untuk menjalankan siasatan.

“Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut tiba di rumah dan membawa bayi itu ke Hospital Pontian untuk menjalani pemeriksaan," katanya ketika ditemui.

Pesara guru itu berkata, ketika ditemui, tali pusat bayi itu masih belum tertanggal dan badannya dalam keadaan bersih kecuali mukanya berpasir mungkin disebabkan diletak di atas simen.




"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberkas ibu bapa bayi berkenaan, sampai hati mereka meninggalkan bayi di atas lantai tanpa memikirkan keselamatannya.

"Bayi itu bukan saja kesejukan malah berdepan risiko digigit haiwan liar,” katanya.

Berita penemuan bayi ini dikongsi oleh penduduk setempak di laman sosial termasuk pemilik facebook Mohd Ehsan yang berkongsi gambar bayi tersebut.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu kini ditempatkan di Hospital Pontian buat sementara waktu

Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xto7wF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.