Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebenaran Menggunakan Kamera Pada Aplikasi iOS Boleh Merakam Anda Tanpa Pengetahuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebenaran Menggunakan Kamera Pada Aplikasi iOS Boleh Merakam Anda Tanpa Pengetahuan

Bagi anda yang menggunakan iPhone atau iPad, mungkin sedia maklum akan ciri privasi yang memerlukan anda memberikan kebenaran pada sesuatu aplikasi sebelum menggunakan beberapa ciri-ciri seperti GPS, kamera dan sebagainya.

Kini, salah seorang jurutera dari Google mendapati yang mana kebenaran yang diberikan untuk sesuatu aplikasi boleh disalah-gunakan. Sebagai contoh, sekiranya anda memberikan akses kepada sesuatu aplikasi tersebut untuk mengakses kamera – ia secara tidak langsung turut membolehkan aplikasi berkenaan mengaktifkan kamera tanpa pengetahuan anda dan merakamkan menggunakan kamera hadapan dan belakang.

Daripada demo yang dipertontonkan, pengguna memberikan akses kepada sebuah aplikasi laman sosial untuk mengakses kamera. Seterusnya, aplikasi tersebut juga berupaya untuk merakamkan pelbagai gambar hadapan pengguna berkenaan – selain melakukan siaran langsung tanpa pengetahuan pengguna tersebut sendiri.

Disamping itu, menggunakan kamera juga, sesuatu aplikasi boleh membuat pengecaman wajah dan mengenal-pasti reaksi dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, memandangkan Apple sering melakukan pemantauan dan menguji setiap aplikasi sebelum diterbitkan membolehkan kadar ancaman sekuriti disebabkan oleh perkara ini sedikit rendah.

Sebelum ini sendiri, beberapa laporan telah hadir mengatakan Uber turut boleh memantau lokasi pengguna walaupun telah tamat pemanduan menggunakan Uber.

Menurut jurutera berkenaan, untuk mengelakkan kamera diakses tanpa pengetahuan, beberapa kaedah boleh digunakan – termasuk memberikan kebenaran sementara, atau memaparkan ikon kamera pada bar status ketika ia diakses aplikasi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iDvQWg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.