Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sufian, Ismail kena ‘cabul’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sufian, Ismail kena ‘cabul’

Susulan beberapa kejadian artis diganggu peminat fanatik, program Cuit Sikit terbitan Harian Metro (HM) yang ditayangkan secara langsung menerusi Facebook rasmi HM malam kelmarin mengetengahkan topik Kerana Nafsu.

Isu yang dipaparkan bukan perkara baru dalam industri hiburan tempatan, malah masalah ini kian menjadi-jadi terutama selepas kewujudan laman sosial.

Bukan saja dalam kalangan artis lama, kecenderungan peminat ‘melampiaskan’ nafsu mereka kini terarah kepada beberapa artis baru.

Malam kelmarin, program ini menjemput dua penyanyi baru dan muda iaitu Sufian Suhaimi dan Ismail Izzani bagi berkongsi pengalaman dilalui.

Sufian mengakui dia diganggu di laman sosial apabila dia kerap mendapat kiriman mesej dan gambar lucah.

“Bagi saya gangguan seksual ini bukan saja dari segi fizikal, tetapi ia boleh terjadi dalam apa jua situasi seperti percakapan, isyarat dan terbaru di laman sosial.

“Saya percaya apa yang berlaku ini turut terkena kepada orang lain. Kali pertama mendapat mesej sedemikian, saya okey lagi. Namun, apabila mendapat kiriman gambar lucah saya jadi terkejut. Saya tidak menjangka ada peminat sanggup berbuat perkara ini.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga kerap mendapat mesej jemputan menghadiri acara yang tidak senonoh. Saya pula jenis tidak melayan, jadi setiap mesej diterima saya lupakan begitu saja,” katanya.

Sufian yang popular menerusi lagi Terakhir tidak menafikan peminat yang bertindak sedemikian sekadar ingin suka-suka.

Namun, Sufian tidak mahu perkara sebegini terus menghantuinya kerana bimbang ia boleh menganggu rutin harian.

“Apa yang berlaku sekarang pun saya anggap sudah mengganggu privasi. Saya bimbang jika timbul perkara lain pula. Dalam kecanggihan teknologi sekarang, macam-macam boleh berlaku.

“Kalau boleh, hormati prinsip orang lain. Saya atau mana-mana artis sekali pun ingin bebas dan menikmati kehidupan seperti orang biasa. Tidak semua orang boleh menerima perkara ini. Paling penting, jangan sampai perkara ini menjadi punca kepada perubahan negatif seseorang,” katanya.

Sementara itu, Ismail yang berdepan situasi diekori peminat sehingga ke tandas mengakui terkejut dengan tindakan peminat.

“Saya ada mendengar pengalaman rakan lain, tetapi apabila terkena batang hidung sendiri saya jadi takut. Saya masih tidak boleh percaya kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian. Bagi saya, kalau betul minat tidak perlu sampai nak melakukan perkara sebegitu.

“Bukan saja diekori sampai ke tandas, tetapi ada juga yang sanggup mengikut kereta saya dari belakang. Mungkin niat mereka baik, tetapi cara begitu tidak wajar dilakukan. Ia bukan saja mengganggu privasi, malah boleh mendatangkan bahaya,” katanya.

Ismail yang popular dengan lagu Sabar mengakui kiriman mesej dan gambar lucah adalah perkara biasa.

“Saya seorang yang rajin membaca mesej yang dihantar di Instagram. Namun, lama-kelamaan perkara ini jadi pelik. Semakin banyak kiriman mesej dan gambar lucah diterima. Bukan saja daripada peminat perempuan, tetapi peminat lelaki pun ada.

“Bukan sekali dua, tetapi banyak kali. Mungkin disebabkan mereka mengetahui saya membaca mesej dihantar namun tidak dibalas, mereka menghantar mesej berbentuk caci maki pula,” katanya.

Menurut Ismail, apa yang berlaku adalah di luar kawalannya dan dia tidak ada kuasa untuk menyekat keinginan mereka.

“Setiap orang berbeza cara menunjukkan minat terhadap seseorang artis. Ada minat kerana bakat, tidak kurang juga yang lebih kepada personaliti semata-mata. Cuma pesan saya, tunjukkan minat dengan cara yang betul.

“Saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong lagu dan bakat saya. Namun, bagi mereka yang berkeinginan sebaliknya, saya minta maaf kerana ia bukan cara saya,” katanya.

Program Cuit Sikit yang mula bersiaran pada 11 Oktober, setiap Rabu jam 9 malam ini mengetengahkan lima segmen iaitu Isu Cuit Sikit, 5 Kebaboom, Apa Kata, Cik Pang dan Akustika.

Program berbentuk bual bicara santai ini menampilkan tiga wartawan Harian Metro iaitu Sudirman Mohd Tahir, Najiy Jefri dan Georgie Joseph selaku pengacara.

The post Sufian, Ismail kena ‘cabul’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gNnrim

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.