Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakitangan TNB direman 3 hari bersabit kes rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakitangan TNB direman 3 hari bersabit kes rasuah

SEREMBAN: Seorang kakitangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan membabitkan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Nur Haryatie Mohd Saini selepas mendapat permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Kakitangan TNB yang berusia 38 tahun itu ditahan di pejabatnya di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Suspek yang tidak diwakili peguam, ditahan selepas SPRM menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa pada Rabu lepas kakitangan TNB itu telah meminta beliau membayar RM280 sebagai balasan untuk mempercepatkan urusan penyambungan elektrik di rumahnya yang baru dibeli.

Pengadu juga mendakwa beliau telah membayar RM200 bagi tujuan yang sama kepada suspek di kaunter TNB pada 18 Sept lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA



Sumber Kakitangan TNB direman 3 hari bersabit kes rasuah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQWhvO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.