Hi! Welcome Back and Stay Tune! Roti Canai Hijau Kuning Percuma Sempena Bola - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Roti Canai Hijau Kuning Percuma Sempena Bola

Antara sukan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia ialah bola sepak. Rakyat akan membanjiri stadium demi untuk menyokong pasukan negeri kegemaran mereka dengan penuh semangat.

Seorang pemilik restoran roti canai memberi roti canai percuma kepada pelanggannya dan penyokong pasukan bola negeri Kedah bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal tiba.

BACA: Roti Canai Percuma Sempena Merdeka!

Pemilik Restoran Didie Roti Canai, Mohd Najmuddin Mohd Nor, 30 tahun, berkata dia memberi 600 roti canai percuma di restorannya yang terletak di Taman Tunku Maheran, Jitra, Kedah.

Menurutnya, tujuan dia memberi roti canai percuma kerana mahu menghargai sokongan peminat bola negeri Kedah dan memeriahkan suasana menjelang perlawanan akhir antara negeri Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT).

Selain itu, dia turut menerangkan bahawa roti canai itu diperbuat daripada empat doh berwarna hijau kuning dan menggunakan sebanyak 20 kilogram tepung gandum.

“Semua ini dilakukan selepas saya melihat semangat kuat penyokong yang tidak jemu menyokong pasukan Hijau Kuning,” katanya.

Sumber dari bharian.com.my

“Namun, pelanggan hanya boleh menikmati roti canai Hijau Kuning terhad untuk malam ini saja,” sambungnya.

Penyokong pasukan Kedah, Zara Azzahra Roslin, 33 tahun, berkata dia gembira selepas mengetahui pemilik restoran itu memberi roti canai percuma kepada penyokong pasukan kegemarannya.

Selain itu, Nur Atieka Mohd Azizi, 23 tahun, pula memberitahu dia tak mahu melepaskan peluang mendapatkan roti canai percuma itu kerana saiznya lebih besar dari biasa.

ARTIKEL BERKAITAN:
Roti Canai ‘Artis’ Berharga RM1
Nak Jimat Sambut Birthday Orang Tersayang? Ikut Cara Ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#KakiMakan EP1: Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yQWlf2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.