Hi! Welcome Back and Stay Tune! Taylor Swift tampil sebagai cyborg 'berbogel' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Taylor Swift tampil sebagai cyborg 'berbogel'

SETELAH sekian lama membuatkan peminatnya ternanti-nanti, penyanyi Taylor Swift akhirnya menayangkan klip video single terbaharunya, 'Ready For It?' menerusi saluran TaylorSwiftVEVO hari ini.

Video itu setakat ini sudah mencatat lebih daripada 1.2 juta tontonan dalam tempoh tiga jam ia dimuat naik.

Seperti biasa, Swift akan menampilkan kelainan dalam setiap klip video dan kali ini mewujudkan watak cyborg yang menyerupai beliau.

Menerusi video tersebut, Swift kelihatan cuba untuk keluar daripada imej 'gadis baik' apabila cyborg yang menyerupai rupanya itu tampil dengan kostum mengikut bentuk tubuh dan berwarna kulit, seolah-olah tidak berpakaian.

Lagu 'Ready For It?' merupakan single kedua bagi album 'Reputation'.

Klip video itu sebelum ini ditayangkan secara ringkas menerusi akaun Instagram Swift pada Isnin.

Video klip bergenre fiksyen sains itu diarahkan Joseph Kahn, mengisahkan pertempuran antara cyborg.

Swift sebelum ini menggunakan penampilannya dalam video klip untuk bersaing dengan rakan seangkatannya seperti Katy Perry.

Video ini juga sinonim dengan konsep pergaduhan dua watak wanita seperti mana yang pernah diterbitkan Swift dalam video terdahulu seperti video klip 'Bad Blood'.



Sumber Taylor Swift tampil sebagai cyborg 'berbogel'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2he6Zor

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.