Hi! Welcome Back and Stay Tune! PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip sebanyak RM12.13 bilion bayaran balik pinjaman sehingga September tahun ini.

Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jumlah kutipan itu diperolehi hasil daripada usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam untuk membayar pinjaman mereka.

"Kelompok ini (yang liat membuat pembayaran) akan menjadi sasaran pihak kami (PTPTN) supaya mereka (peminjam) membayar balik pinjaman kerana kita perlukan wang itu untuk membantu pelajar-pelajar baharu yang akan datang," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Shamsul Anuar berkata kutipan balik pinjaman itu akan mengurangkan kebergantungan PTPTN kepada institusi kewangan lain dalam usaha memberi dana kepada pelajar baharu yang akan memasuki ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di negara ini.

Beliau berkata sehingga kini PTPTN telah memberi pinjaman kepada lebih dua juta pelajar di seluruh negara termasuk yang masih mengikuti pengajian tinggi.

Shamsul Anuar berharap dengan pelbagai insentif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2017, para peminjam masih berpeluang untuk menjelaskan pinjaman mereka sehingga 31 Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Okt tahun lalu mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi insentif diskaun berkuat kuasa 22 Okt sehingga akhir tahun ini bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman.

-- BERNAMA



Sumber PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUef2t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.