Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masalah teknikal punca pesawat Hawk 108 terhempas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masalah teknikal punca pesawat Hawk 108 terhempas

KUANTAN: Masalah teknikal berkaitan rangka sawat disahkan sebagai punca pesawat jenis Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu sehingga mengorbankan dua juruterbangnya.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pasukan siasatan khas yang ditubuhkan ekoran kejadian itu mengenal pasti masalah tersebut selepas memeriksa bangkai pesawat berkenaan.

"Pemeriksaan dan penambahbaikan dilakukan terhadap pesawat jenis Hawk 108 milik TUDM sebaik sahaja masalah itu diketahui seperti yang digariskan panduan prosedur operasi standard supaya kejadian serupa tidak berulang.

"Dua pesawat jenis Hawk 108 juga telah berjaya menjalani ujian percubaan dan berada dalam keadaan baik. Kita akan membuat penambahbaikan terhadap kesemua pesawat serupa secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara kepada 31 anggota TUDM dan dua angggota Pasukan Udara Tentera Darat di Pangkalan Udara Kuantan di sini, hari ini.

Affendi juga mengesahkan bahawa penemuan terkini itu telah dimaklumkan kepada waris juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat tersebut ketika kejadian berlaku.

Mereka dilaporkan berlepas dari pangkalan itu pada 11 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 30 minit kemudian dan mayat mereka ditemukan di kawasan hutan di Chukai sekitar 2.30 petang hari sama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata TUDM dijangka memindahkan pusat pemerintahan Markas Udara Satu di Sungai Besi Kuala Lumpur yang terlibat dalam projek Bandar Malaysia ke Kuantan pada awal tahun hadapan.

"Proses pemindahan akan bermula sebaik sahaja proses menaik taraf Pangkalan Udara Kuantan yang sedang berlangsung melibatkan pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan selesai.

"Antara yang terlibat ialah pembinaan kuarters kerana kita menjangkakan proses pemindahan ini akan membabitkan 200 pegawai dan anggota daripada markas yang terlibat," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Masalah teknikal punca pesawat Hawk 108 terhempas

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gNxjsv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.