PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September
Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jumlah kutipan itu diperolehi hasil daripada usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam untuk membayar pinjaman mereka.
"Kelompok ini (yang liat membuat pembayaran) akan menjadi sasaran pihak kami (PTPTN) supaya mereka (peminjam) membayar balik pinjaman kerana kita perlukan wang itu untuk membantu pelajar-pelajar baharu yang akan datang," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.
Shamsul Anuar berkata kutipan balik pinjaman itu akan mengurangkan kebergantungan PTPTN kepada institusi kewangan lain dalam usaha memberi dana kepada pelajar baharu yang akan memasuki ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta di negara ini.Beliau berkata sehingga kini PTPTN telah memberi pinjaman kepada lebih dua juta pelajar di seluruh negara termasuk yang masih mengikuti pengajian tinggi.
Shamsul Anuar berharap dengan pelbagai insentif yang diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2017, para peminjam masih berpeluang untuk menjelaskan pinjaman mereka sehingga 31 Disember ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Okt tahun lalu mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi insentif diskaun berkuat kuasa 22 Okt sehingga akhir tahun ini bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman.
-- BERNAMA
Sumber PTPTN kutip bayaran balik pinjaman RM12.13 bilion sehingga September
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNUBFF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment