Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengok sampai habis baru komen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengok sampai habis baru komen

PELAKON dan pengacara, Neelofa tidak terkesan dengan komen-komen segelintir netizen di laman sosial yang mengkritik lakonannya dalam drama bersiri Red Velvet.

Drama 20 episod yang menggandingkan Neelofa dengan Alif Satar itu disiarkan di Astro Ria sejak Isnin lalu, jam 10 malam.

Neelofa berkata, drama itu baru saja ditayangkan dan dia berharap peminat terus menonton drama itu sehingga habis sebelum memberi sebarang kritikan.

“Mereka terlalu awal membuat kritikan tanpa memahami jalan cerita. Cerita ini baru saja ditayangkan dan masih ada banyak episod lagi.

“Lagipun babak saya menetap di rumah orang, takkanlah saya hendak redah saja,” katanya.

Neelofa berkata, komen negatif yang diberikan sedikit pun tidak memberi kesan dalam hidupnya.

“Nasihat saya kepada mereka yang mengkritik itu tonton dulu cerita berkenaan dan cuba faham jalan cerita,” katanya.

Terdahulu, selepas tiga episod ditayangkan netizen mula memberikan komen-komen negatif di laman Twitter dengan mengatakan gandingan Neelofa dan Alif sangat tidak sesuai.

Ada yang mengatakan lakonan Neelofa kaku dan terlalu banyak ‘kontrol’. Pun begitu, mereka memuji lakonan Alif sangat bagus.

The post Tengok sampai habis baru komen appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iDrQ86

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.