“Kalau resort kotor, takkan penuh setiap minggu” – Suunah Koruss Resort beri jawapan balas bila dituduh macam reban ayam
Susulan gambar salah sebuah villanya didakwa berada dalam keadaan tidak terurus tular, pihak pengurusan Suunah Koruss Resort, Janda Baik, Pahang tampil menafikan dakwaan menganiaya pelanggan mereka.
Ketika dihubungi mStar Online, seorang wanita yang mendakwa dirinya pengurus pemasaran resort dan hanya mahu dikenali sebagai Nor berkata mereka sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan villa dalam keadaan kemas dan terurus sebelum kunci diserahkan kepada pelanggan.
“Secara amnya viral tersebut tidak benar dan kami tidak sesekali akan menganiaya tetamu Suunah Koruss.
“Kami tidak akan berikan villa yang kotor kepada tetamu kami. Sudah bertahun-tahun kami berniaga dan kami sentiasa ingin berikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Malah, Nor berkata, seandainya keadaan villa mereka seperti yang ditularkan, sudah tentu resort tersebut tidak akan dipenuhi pengunjung setiap hujung minggu.
“Setiap hujung minggu, resort kami memang penuh dengan tetamu. Anda juga boleh lihat komen tetamu yang turut berpuas hati dengan perkhidmatan resort ini.
“Takkan kami nak buat yang tak elok pada mereka sedangkan merekalah yang membantu menaikkan nama resort ini,” katanya.
Bagaimanapun Nor berkata mereka sedang mengumpul bahan bukti mengenai dakwaan tersebut daripada kakitangan yang terlibat.
“Buat masa ini kami tengah siasat dakwaan itu, bukti juga sedang dikumpul daripada staf terlibat.
“Kami juga akan buat penjelasan mengenai dakwaan tersebut dalam masa terdekat selepas siasatan selesai,” katanya.
Pada masa sama, Nor berkata pihaknya bersetuju untuk mengembalikan wang deposit kepada pelanggan yang mendakwa kecewa dengan keadaan resort baru-baru ini.
“Ya kami akan pulangkan… takkan kami nak ambil yang bukan hak kami. Kami juga akan berhubung dengan pelanggan itu dalam masa terdekat,” katanya.
Namun Nor berkata mereka turut mendapatkan nasihat peguam mengenai dakwaan tersebut yang dirasakan telah menjejaskan nama baik dan reputasi resort berkenaan.
“Nama dah viral, tu yang kami kena siasat dan minta pandangan peguam untuk tindakan susulan.
“Nak bina nama untuk bertahan sehingga hari ini memang susah tapi sekelip mata sahaja orang boleh jatuhkan,” katanya.
Selain Villa Saloma yang menjadi tular di media sosial, Suunah Koruss Resort turut menawarkan tiga lagi tempat penginapan seumpamanya iaitu Villa Panggung, Villa Pak Belalang dan Villa Irama.
Terdahulu, media sosial digemparkan dengan dakwaan lokasi percutian ala kampung itu sekadar indah khabar dari rupa apabila salah seorang pelanggan mendakwa kecewa dengan keadaan villa yang ditempah.
Pelanggan tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Siti Hajar mendakwa seolah-olah ditipu resort tersebut apabila Villa Saloma yang ditempah untuk percutian tiga hari dua malam tidak terurus dan seperti sudah lama tidak diselenggara.
Malah Siti Hajar mendakwa keadaan kolam turut berlumut dan berlendir selain air kolam bertukar menjadi hijau.
Susulan itu, dakwanya mereka sekeluarga memutuskan untuk tidak bermalam di villa tersebut dan menuntut pihak pengurusan resort supaya mengembalikan wang deposit yang telah dibayar.
Sumber: Mstar
Sumber “Kalau resort kotor, takkan penuh setiap minggu” – Suunah Koruss Resort beri jawapan balas bila dituduh macam reban ayam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNRKfV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment