RM200 Akan Diberikan Kepada Bayi Yang Baru Lahir Mulai 1 Jan 2018 Ini..
Gambar sekadar hiasan. |
KUALA LUMPUR – Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, berkata skim itu yang pertama kali diperkenalkan bagi menjamin masa depan generasi TN50 dikenali sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Katanya, pusat itu bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini serta melatih guru pakar STEM menggunakan fasiliti institut pendidikan guru sedia ada dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia.
Peruntukan itu juga digunakan untuk mempertingkatkan modul komputer sains termasuk program koding dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah yang kini telah wujud di tingkatan 1 dan tingkatan 3. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iFxMNT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment